Misi Digital Portal E-kelas (Raya Bersama E-kelas)

19 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 dan 18 Mei telah diadakan program Misi Digital Portal E-kelas (Raya Bersama E-kelas) di mana setiap pelajar perlu melaksanakan 3 misi yang diberi. Antaranya pelajar perlu menyiapkan lakaran hiasan Hari Raya secara berkumpulan dan mereka perlu menghias Pusat Internet bertemakan Hari Raya Aidilfitri.

Program ini dilaksanakan bagi tujuan mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti-aktiviti bermanfaat. Mereka juga perlu bekerjasama supaya setiap misi berjaya dilakukan sehingga tamat. Di samping itu, mereka juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama mereka dapat mengenali kenalan lain dengan lebih rapat lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali